Make your own free website on Tripod.com
LATAR BELAKANG

Sekolah ini terletak di kawasan Telok Air Tawar,Butterworth. . Ia terletak di tepi jalan raya menuju ke utara (dari Butterworth ke Alor Setar), kira-kira 10 km dari bandar Butterworth. Sekolah ini telah siap dibina pada tahun 1988 . Di antara tokoh tempatan yang memainkan peranan penting ke arah pembinaan sekolah ini ialah Y.B. Datuk Hj. Mohd. Sharif Bin Haji Omar , Tuan Hj. Abdul Roni Bin A. Hassan (Bekas ADUN Telok Air Tawar) dan Cikgu Abd. Rahman Bahaudin (bekas Ketua Umno Cawangan Telok Air Tawar).

Sekolah Menengah Kebangsaan Telok Air Tawar (SMKTAT) mula dibuka pada 1 Januari 1988. Berikut ini adalah senarai nama Pengetua sekolah ini semenjak ia dibuka :

En. Abd. Hamid Nyak Hussein (16.12.1987 - 19.3.1991)

En. Mohd. Hussin Bin Mohd. Shariff (1.1.1991 - 31.1.1996)

Pn. Hjh. Fauziah Bt. Hj. Othman (16.2.1996 - 28.2.1997)

Pn. Hjh. Rohani Bt. Hj. Ishak (16.3.1997 - 15.1.1998)

Pn. Hjh. Ramlah Bt. Hj. Tahir (16.2.1998 - 30.9.1998)

Tuan Haji Abdul Wahab Bin Noor (mulai 16 .12.1998)

Kumpulan pertama guru-guru yang bertugas di sekolah ini ialah : Tuan Hj. Ahmat bin Omar,
En. Cheng Ah Khoo, Pn. Che Chee bt. Shaik, Pn. Lau Geok Heoh, Pn. Hjh. Salbiah bt. Ahmad,Pn. Salbiana bt. Hashim, Ustaz Mustaffa bin Zainol Abidin,Pn. Zunianah Bt. Deris dan En. Vincent Daniel.. Dua orang staf sokongan yang mula-mula berkhidmat di sekolah ini ialah Pn. Ruziah bt. Md Aris dan Pn. Faridah Bt. Saad.Yang Dipertua PIBG pertama bagi sekolah ini ialah Tuan Hj. Mahmud bin Hj. Arshad.

Selain daripada kemudahan fizikal lain, sekolah ini juga mempunyai sebuah surau yang berharga kira-kira RM100,000 ,Gelanggang permainan (berharga kira-kira RM12,000) dan Rumah pasukan beruniform yang berharga kira-kira RM30,000. Semua kemudahan ini telah siap dibina pada tahun 1994 ,semasa di bawah pentadbiran Pengetua En. Mohd. Hussin bin Mohd. Shariff.

Dari segi kokurikulum, sekolah ini sering menjadi johan dalam pertandingan-pertandingan yang melibatkan persatuan, kelab, permainan dan sukan sama ada yang diadakan di peringkat zon/daerah dan negeri. Malahan dalam bidang permainan ada pelajar sekolah ini yang telah mewakili negara dalam Sukan Negara-negara Asean yang diadakan di Jakarta beberapa  tahun lalu .

 

Surau Sekolah